Kata- Kata Pendiri

Kata- Kata

Pendiri dan CEO

Assalamualaikum (salam sejahtera ke atas kamu) dan halo!

Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat datang ke laman sesawang PMELC, yang mengandungi maklumat- maklumat berkaitan kondisi mata, maklumat untuk pendidikan dan perawatan yang kami sediakan. Tujuan kami adalah supaya anda bisa memahami perihal mata anda! Selamat meneroka laman ini, dan kami berharap anda bisa memperoleh manfaat ilmu darinya.

Saya ingin menjemput kalian untuk hadir ke pusat mata kami sekurang- kurangnya sekali seumur hidup. Sepanjang menguruskan pusat ini, saya dapati bahawa penyakit mata ini adalah penyakit senyap. Melalui pusat kami yang dilengkapi mesin- mesin yang amat canggih yang membantu pakar kami untuk menganalisa dan mengeluarkan diagnosis secara tepat, kami menawarkan perawatan yang terbaik dan pantas untuk anda.

Baca Lagi

Selain itu, saya juga bersyukur untuk mengumumkan bahawa 2018 dan 2019 ini adalah tahun yang bersejarah buat PMELC kerana kami telah menerima beberapa anugerah berprestij daripada The Star Outstanding Business Awards (SOBA) bagi tahun 2018. Kami juga menerima anugerah Reader’s Digest Trusted Brand Award, yang merupakan hasil undian masyarakat umum dan ia merupakan refleksi bagaimana perasaan pasien terhadap layanan kami.

Tangan yang di atas, lebih baik dari tangan yang di bawah. Saya percaya bahawa memberi semula kepada masyarakat dapat dilakukan melalui sebaran ilmu dan kesedaran tentang penjagaan mata kepada masyarakat. Kami telah menjalankan beberapa acara berkenaan kesehatan mata dengan tawaran saringan percuma beberapa tahun kebelakangan ini. Saya juga berbangga untuk berkongsi kepada kalian bahawa staf- staf cemerlang saya yang saya anggap sebagai bakal pemimpin generasi akan datang telah melaksanakan projek yang amat memberi impak kepada kehidupan orang-orang tua di beberapa rumah kebajikan di Kajang. Pada tahun 2016, sebagai bagian dari projek Tanggungjawab Sosial Korporat, kami telah mencari dana dan menjalankan operasi katarak secara percuma kepada mereka yang telah hilang kebergantungan daripada insan yang mereka sayangi. Inisiatif ini adalah satu projek yang berterusan dan masih berjalan sehingga kini.

Nilai teras kami sebagai sebuah syarikat ialah akronim C.A.R.E.S.; Caring, Agile, Responsive, Excellent Execution dan Smile. Beberapa tahun lepas, itulah fokus dan harapan saya untuk menerapkan nilai ini kepada semua staf karena nilai ini membawa kepada produktiviti dan perkembangan budaya kerja. Sebagai ketua kepada syarikat ini, saya tidak berhenti untuk berusaha memberikan layanan yang terbaik kepada setiap kaki yang melangkah masuk ke pusat mata kami. Kami berharap agar kami dapat membina suasana dan hospitaliti yang paling tidak bisa terlupakan sehingga pasien merasakan seolah berada di rumah di mana kami melayani mereka sebagai ‘tetamu’ kami.

Kami berharap agar dapat menemui anda di pusat mata kami. Sampai ketemu!

show less

Addaem Chandran
Tempah Sekarang

Tetapkan Janji Temu Anda